BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 7, 2011

cerpen pudarnya mentari

Setelah menunaikan tanggungjawab kepada illahi aku terus mencapai beg sekolahku dan pergi menemui suhaimi di tempat yang di janjikan …maaf, terlambat…Dah lama suhaimi tunggu??’tanyaku! Lama juga,jawabnya endah tak endah…’Eh kenapa Amira tidak mengulangkaji di rumah??’tanya suhaimi sewaktu kami baru memulakan perjalanan..’di rumah,Amira rasa sangat BORINGGGG…Ibu bapa Amira sentiasa sibuk dengan kerja mereka..Kakak Amira pun selalu keluar rumah..Tiada sesiapa yang ingin mengajar Amira tentang pelajaran..Amira boringgg sangat,aku mengeluh..’bersabarla Amira..’pujuk Suhaimi..kami berdua pun meneruskan perjalanan ke perpustakaan yang terletak tidak berapa jauh lagi…Tiba-tiba Suhaimi berhenti..Aku lihat tubuhnya melayang dan rebah serta-merta.Aku terus mendapatkannya dan terus meminta bantuan..tetapi malangnya tiada sesiapa yang berada di situ..Sedang aku menangis sambil menggoncang tubuhnya,tiba-tiba Suhaimi tersedar dari pengsannya..Aku segera membantunya bangun dan duduk ditempat yang redup..Syu kurla Suhaimi tidak apa-apa,takut Amira dibuatnya..ujarku sambil mengesat air mataku..Suhaimi senyap tidak berkata apa-apa,hanya memegang kepalanya menahan sakit…


‘janganla Amira sedihdan risau..Suhaimi tidak ada apa-apa’..tiba-tiba dia bersuara,Suhaimi.apa kata kita batalkan rancangan kita pada hari ini..Lagi pun Suhaimi tidak berapa sihat hari ini..Amira hantar Suhaimi pulang yaa…??cadang Amira..Suhaimi hanya mengangguk anggukkan kepala,tanda setuju..



Satu minggu,dua minggu,tiga minggu,empat minggu,lima minggu...haa!! sudah sebulan lebih,Suhaimi tidak hadir ke sekolah..sejak peristiwa hari tu sehinggala hari ini pelbagai soalan timbul dalam fikiranku..Telefon rumahnya tidak pernah dijawab..Aku terus tertanya-tanya..Mesti ada SOMETHING wRONG!!!!terfikirku sendirian apakah sebabnya..Tiba-tiba aku diterpa oleh sahabatku,Aien..’Aien kenapa kau tercungap-cungap ni??macam kene kejar hantu je…’ tegurku bergurau..’Amboi pandainya kau bergurau sekarang…’Aien main-main..hehehe,tengok!! bergurau dengan kau ni sampai lupa pulak ape yang aku nak cakap tadi…ape ek tadi????haaa..baru aku ingat…tadiii !masa aku lalu di hadapan bilik guru, aku terdengar perbualan antara cikgu jarnawati dengan cikgu-cikgu yang lain yang Suhaimi tidak hadir kesekolah kerana sudah sebulan lebih dia terlantar di hospital..tapiii…sakit apa????’pasal tu,aku tak tahulah…’jelas Aien kepada Amira lalu meminta izin untuk beredar…Aku terkejut mendengar berita,lalu aku tergamam sebentar..fikiranku diasak dengan pelbagai soalan..Apa sebenarnya yang berlaku???


Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melawat Suhaimi di hospital..Di sana,Suhaimi kelihatan lemah dan tidak bermaya..Mukanya pucat dan badannya kelihatan semakin kurus..’Suhaimi,bagaimana keadaan Suhaimi sekarang???’tanyaku..dia hanya mendiamkan diri ,di lihat pada air mukanya kelihatan kesedihan yang sedang melanda dalam dirinya..


’Suhaimi,kita dah lama berkawan…rasanya tidak adil kalau Suhaimi merahsiakan sesuatu daripada Amira…’Amira,bukannya Suhaimi tidak mahu beritahu Cuma…,’bicaranya tersekat-sekat.. ‘Cuma apa???’tanyaku gelisah,’Suhaimi sebe…benarnya menghidap penyakit yang tak boleh sembuh dah…doktor Fariz yang sering merawat suhaimi akhir-akhir ni kata penyakit Suhaimi ni dah tak boleh diubatii…’ye la..apa penyakitnya???Amira tertanya-tanya…’ yeye…Suhaimi ada penyakit luekimia….ha!!! aku terdiam..Benarkah apa yang aku dengar tadi???Tak mungkin semua ini terjadi…Aku bingkas bangun dan meminta izin untuk beredar..’Suhaimi,Amira keluar dulu..’ kataku perlahan..Aku beredar sambil menahan air mataku daripada mengalir..Aku segera menuju ke tandas..Disana aku menangis sepuas-puasnya melepaskan kesedihan yang terpendam dalam diriku..Hatiku berkata-kata,mengapa mesti semua ini terjadiii???Suhaimi adalah manusia yang paling istimewa dalam hatiku…Dia adalah segala-galanya bagiku…satu-satunya orang paling memahami diriku berbanding ibu bapa dan kakakku sendiri…


Mengapa???? Aku terus menangis teresak-esak…Setelah reda tangisanku,aku segera bergegas menemui doktor Fariz yang merawat Suhaimi untuk mencari kepastian…..tuk,tuk,tuk…tuk,tuk,tuk…ya!!silakan masuk…aku melangkah masuk dengan harapan yang kata-kata suhaimi sebentar tadi tidak mungkin benar…. ‘doktor!! Benarkah doktor yang merawat pesakit yang bernama Suhaimi b. Mansor di wad 05…’aku bertanya seolah-olah tiada apa yang berlaku sekarang....


‘erm…sebentar ya…’doktor Fariz segera mencari fail pesakit-pesakit yang dirawatnya…ha!!saya dah jumpa…. ‘ya sebenarnya saya yang merawat Suhaimi akhir-akhir ni…kenapa ya??? ‘doktor saya nak Tanya,benarkah Suhaimi menghidap penyakit Luekimia…’tanyaku bersama semangat yang tertanam didalam jiwa yang menginginkan perkara yang di ungkapkan tadi salah hundred percent….sebelum saya membaca result ni…boleh tahu siapa nama????hehehe…doktor yang tampan lagi bergaya dengan ciri-ciri kelelakian yang mantap, boleh pula membuat lawak bodoh…kataku di dalam hati…


Sapa nama cik… ‘Amira la doktor….aku membara didalam hati….Ooo...cik Amira di sini saya serius ya…sebenarnya Suhaimi memang menghidap penyakit yang sangat kronik sekarang ni…Adik Suhaimi telah menghidap penyakit Luekimia…HAA…aku bagaikan berada di langit yang ke tujuh apabila mendengar perkhabaran itu… ‘cik Amira,kemungkinan Suhaimi untuk hidup hanya fifty-fifty….’aku amat terkejut pada masa itu…disini,di dalam hati seluruh panorama jiwa aku berjanji,akan menjaga sahabat baikku,teman sepermainan dan manusia yang terpaling aku sayang di muka bumi ini sehingga sisa-sisa hidupnya terakhir…aKu JaNjI…. ‘saya rasa lebih baik cik Amira lakukan sesuatu yang boleh menggembirakannya semasa hayatnya masih ada…sapaan doktor yang terakhir kalinya…Aku mengangkat kaki lalu melangkah keluar dari bilik doktor itu…Aku menitiskan air mata kembali,lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana tidak sanggup bersemuka dengan Suhaimi dalam keadaan sedih begini…mukaku merah,mataku bengkak kerana menangis terlalu lama…Di rumah aku disapa oleh ibuku namun aku hanya mendiamkan diri lalu terus berjalan menghadap bilik tidurku…..


Keesokkan harinya,aku pergi ke hospital untuk melawat Suhaimi..aku berpura-pura riang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.. ‘Asssalamualaikum ,macam mana hari ni???’ Tanyaku kepada Suhaimi..Suhaimi hanya tersenyum melihatku.. ‘Mie,mulai hari ni Amira nak Suhaimi jangan fakir apa-apa lagi and gembira selalu erk…Because,Amira akan sentiasa berada di sisi Suhaimi walau apa jua yang berlaku…’ kataku sambil mengukirkan senyuman palsu..sejak hari itu,aku selalu melawat Suhaimi di hospital dan cuba sedaya upaya menggembirakannya…


Suatu hari,sewaktu melawat Suhaimi…dia telah menyatakan hasratnya yang malam tadi dia mimpi bermain salji dan merasai kehangatannya bersama orang yang tersayang iaitu sahabat baiknya, Amira di Paris…Dapat tengok salji depan mata sambil membuat orang salji.. Alangkah seronoknya pada waktu itu… ‘kalaulah Suhaimi dapat melihat dan menikmati kenikmatannya pada masa itu…’kata Suhaimi kepadaku…Aku hanya tersenyum … Satu,dua, tiga kilometer…akhirnya sampai juga ke rumah….Sedang aku relex,relex kepenatan…Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata yang disampaikan Suhaimi…tepat sekali pada masa itu,sedang aku menonton televisyen tiba-tiba terkeluar satu iklan yang menyatakan satu promosi melancong ke paris…ada mengatakan yang harga tiket kapal terbang sedang menurun dari RM600.00 ke RM150.00 untuk seorang…disitu ada diberi satu laman web untuk tempahan tercepat..


Aku terus membuka laman web tempahan tersebut melalui laptopku….tiga,empat,lima minit berlalu,aku sempat menempah tiket itu untuk dua orang…padaku sahabat lebih penting daripada orang lain..tik,tik!!aku tersentap lalu melihat di muka laptopku..aku terkejut bahawa tempahanku berjaya di terima…tertulis disitu yang tiket itu akan sampai esok ke alamat yang dinyatakan…Aku menadah kedua-dua telapak tangan tanda bersyukur kepada illahi…erm,aku akan memberi kejutan pada Suhaimi esok..Fikirku sendiri….Subuh menjelma dengan pantas,aku bangun lalu mengambil tuala yang ada di penyangkut baju…45 minit aku mandi,lalu aku keluar menyalin pakaian…selepas siap,aku terus mengambil Wuduk untuk menunaikan fardu subuh…


Sepuluh minit selepas itu,aku bersarapan lalu mengangkat kaki untuk ke sekolah…tiba-tiba,aku terlihat satu sampul surat di dalam peti surat…diatas sampul itu tertulis namaku,aku cuba membukanya…Rupanya tiket semalam yang aku tempah telah sampai ke tanganku…Aku meneruskan perjalanan yang terhenti sebentar tadi dengan satu semangat yang amat kuat……tujuh jam berlalu begitu sahaja,masanya sudah sampai…aku bergerak terus menuju kearah hospital yang mana tempat Suhaimi dirawat…

‘Hai Suhaimi,sergahku di muka pintu..Suhaimi tersenyum..aku duduk di sebelah katilnya..Tiba-tiba Suhaimi bersuara.. ‘Mira,entah mengapa Suhaimi merasakan yang hari ini adalah hari yang terakhir kita berjumpa..’katanya perlahan lalu menoleh kepadaku…aku tergamam dengan kata-kata yang diluahkan Suhaimi.. ‘Apa yang Suhaimi merepek ni..Dahlah kita jangan sebut pasal hal ni lagi..’ Aku segera mengeluarkan tiket yang aku tempah semalam dari beg sandangku.. ‘Suhaimi,ingatkah apa yang Suhaimi kata semalam????Mira ada sesuatu untuk Suhaimi…kataku sambil mengukirkan sebuah senyuman..Suhaimi mengerutkan dahinya tertanya-tanya..Aku pun mengeluarkan tiket itu dan menunjukan kepadanya..Tiket ni khas untuk Suhaimi ke sana.. ‘kita pergi bersama ya!!! ‘ambillah’ ujarku..


Suhaimi sungguh terkejut…. ‘Tapi,,kenapa Amira buat semua ini???semua ni sempena meraikan persahabatan kita… ‘Suhaimi suka tak???’..Suhaimi mengambil tiket lalu melihat melalui mata kasarnya… ‘Suhaimi kan nak sangat bermain salji dan merasai kehangatannya bersama Mira…hehehe!!!Mira sengaja mengeluarkan kata gurauan untuk melihat sahabatnya yang sudah lama tidak mengeluarkan gelakkan…Sekarang impian Suhaimi sudah hundred percent tercapai…minggu depan kita berangkat.kataku kepada Suhaimi...Mengapa tiba-tiba Suhaimi mengalirkan air mata buat kali pertamanya di hadapanku…Aku hanya membiarkan Suhaimi menangis… ‘Terima kasih,Mira..’Itulah ucapannya kepadaku buat kali terakhir…..


Suasana dihospital kelam-kabut semasa aku tiba di hospital pada keesokkan harinya…Aku lihat kedua-dua ibu bapa Suhaimi berada di luar wad..Bapanya,encik Mansor sedang menenangkan isterinya puan Fatimah yang menangis teresak-esak dalam dakapannya….Langkahku semakin perlahan melihat fenomena itu….Hatiku semakin berdebar-debar apabila aku semakin hampir ke wad Suhaimi….Entah mengapa air mataku mengalir secara tiba-tiba..Aku menjadi semakin takut….. ‘assalamualaikum’….,sapaku kepada kedua-dua ibu bapa Suhaimi… ‘waalaikumussalam…..’jawab ibu bapa Suhaimi perlahan….Tangisan ibu Suhaimi reda sekatika.. ‘Amira,Su….suhaimi dah tak ada lagi dalam dunia ni,’katanya lalu menangis kembali…Setelah mendengar perkhabaran itu,aku terasa seolah-olah dunia ni sudah kiamat….Tidak percaya rasanya….


Aku berasa tubuh badanku lemah sehingga tidak mampu berdiri tetapi kugagahi juga diri ini masuk ke bilik Suhaimi….Aku membuka pintu perlahan-lahan dengan linangan air mata…Aku melihat sekujur tubuh kaku terlantar di atas katil lengkap di selubungi kain putih….Aku menghampirinya perlahan-lahan lalu menyelak kain putih tersebut dan melihat wajah orang yang paling aku sayangi di dunia ini…


Ya,memang benar itu adalah Suhaimi…Dia telah pergi buat selama-lamanya…Air mataku menjadi semakin deras tetapi mulutku tidak dapat berkata apa-apa….Aku ternampak tiket yang kuberikan kepadanya di bawah sebuah kerusi lalu mengambilnya dan menggenggam sekuat yang boleh…Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku pada ketika itu……


Hari ini semasa upacara pengebumian Suhaimi di tapak perkuburan Aman di kampungnya,aku menyiram air bunga di atas pusara Suhaimi selepas ibunya….Air mataku masih lagi mengalir….Selepas tamat upacara,aku pun terus beredar bersama-sama keluargaku…Sebelum aku melepasi pintu pagar kawasan perkuburan itu,,aku menoleh kearah pusara Suhaimi… ‘Selamat Tinggal Suhaimi..’itulah kata-kata yang terungkap dari mulutku sebagai ucapan terakhir kepadanya..Ketika aku hendak masuk kedalam kereta ,ibu Suhaimi menahanku….


‘Amira, sebelum arwah Suhaimi pergi dia telah menyuruh mak cik menyerahkan surat ini kepada Amira…Ambillah..Mak cik pulang dulu ya..’katanya perlahan..Selepas bersalaman ,aku pun pulang kerumah..Didalam perjalanan pulang,aku membuka surat yang ditulis arwah Suhaimi….


Khas buat Amira

Suhaimi ucapkan terima kasih atas segala-galanya
terhada Segala yang Amira buat untuk Suhaimi.. Suhaimi tahu mungkin saat Amira membaca surat ini ,,,
Suhaimi telah Pun pergi buat selama-lamanya ...
Suhaimi beruntung sebab mempunyai sahabat baik seperti Amira..
Terima kasih juga sebab menunaikan impian Suhaimi,
Bermain salji dan merasai kenikmatannya walaupun tidak sempat untuk pergi….
Bolehlah Suhaimi pergi dengan hati yang tenang.
Terima kasih untuk segalanya..


~MUHAMAD SUHAIMI~


Hatiku tersentuh membaca isi kandungan tersebut..Suhaimi,kaulah sahabat baikku buat selama-lamanya…sungguh pun kau kini sudah tiada,,,namun kenangan saat kau dan aku bersama tidak akan ku lupakan sampai bila-bila…Akan ku kenang dirimu buat selamanya kerana kau sungguh istimewa dalam hidupku…..

0 comments: